:: Lifes Journey ::

Kita akan dewasa

Pergi Tak Kembali

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi 12 Januari 2010 tenang sekali di kampungku kerana kebanyakan manusia telah ke sekolah. Lebih kurang jam 9.00 pagi ketika sedang melayari internet, satu mesej masuk ke inbox telefon bimbitku. Setelah meneliti mesej tersebut, aku termenung seketika memikirkan tentang kandungan mesej tersebut. Pertama kali membaca mesej tu, aku kurang pasti, lalu terus bertanya kepada seorang lagi kawan.

Ternyata mesej yang menyatakan seorang sahabat (Mohd Faizol) telah meninggal dunia manakala seorang lagi (Mohd Fadhiri) sedang kritikal kerana terlibat dalam kemalangan adalah benar. Lebih kurang satu jam kemudian, aku menerima satu lagi mesej yang mengatakan sahabat yang sedang kritikal telah meninggal dunia. Terbayanglah beberapa kenangan lepas bersama kedua-dua arwah. Walaupun sejak akhir-akhir ni jarang berjumpa dengan arwah berbanding ketika awal pengajian di UPSI dulu, tetapi hubungan persahabatan tetap seperti biasa. Continue reading

January 12, 2010 Posted by | Isu Semasa | | Leave a comment

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Oleh: Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut. Continue reading

January 9, 2010 Posted by | Isu Semasa | Leave a comment

Meniti Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim…

Mungkin tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog aku yang lepas (pbaupsi.net/hazim). Aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung domain pbaupsi.net bagi tahun baru ini berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lantaran itu, bukan saja web Persatuan Bahasa Arab UPSI expired, blog aku pun mengalami nasib yang sama. Harapnya, brothers & sisters yang sedang membawa PBA dapat mencipta satu platform alam maya yang lebih canggih dan mesra ahli supaya manfaat dapat digunakan bersama.

Hari ini, setelah berkira-kira selama beberapa hari, aku membutuhkan sedikit waktu untuk buat blog baru. Barangkali mungkin boleh ada sesuatu untuk dikongsi bersama nanti. InsyaAllah.

Diam tak diam, setelah tiga tahun setengah menuntut di UPSI, maka tiba sudah waktu untuk berpraktikum. Mungkin ada yang tak sabar untuk praktikum dan mungkin juga ada yang masih belum bersedia. Hakikatnya, bergantung kepada individu itu sama ada sudah bersedia atau sebaliknya. Seperti mana orang lain, aku juga masih berada di tengah-tengah antara sedia dan tak sedia. InsyaAllah apabila melangkah masuk kawasan sekolah, itulah akan menjadikan kita bersedia sepenuhnya. Walaubagaimanapun persediaan awal perlu juga dilakukan supaya tak kalut2 nanti. Continue reading

January 8, 2010 Posted by | Penulis | Leave a comment