:: Lifes Journey ::

Kita akan dewasa

Pergi Tak Kembali

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi 12 Januari 2010 tenang sekali di kampungku kerana kebanyakan manusia telah ke sekolah. Lebih kurang jam 9.00 pagi ketika sedang melayari internet, satu mesej masuk ke inbox telefon bimbitku. Setelah meneliti mesej tersebut, aku termenung seketika memikirkan tentang kandungan mesej tersebut. Pertama kali membaca mesej tu, aku kurang pasti, lalu terus bertanya kepada seorang lagi kawan.

Ternyata mesej yang menyatakan seorang sahabat (Mohd Faizol) telah meninggal dunia manakala seorang lagi (Mohd Fadhiri) sedang kritikal kerana terlibat dalam kemalangan adalah benar. Lebih kurang satu jam kemudian, aku menerima satu lagi mesej yang mengatakan sahabat yang sedang kritikal telah meninggal dunia. Terbayanglah beberapa kenangan lepas bersama kedua-dua arwah. Walaupun sejak akhir-akhir ni jarang berjumpa dengan arwah berbanding ketika awal pengajian di UPSI dulu, tetapi hubungan persahabatan tetap seperti biasa.

Mengikut cerita sahabat yang bersama arwah ketika kejadian menyayat hati ni terjadi, arwah menunggang dan membonceng satu motor. Sebelum kejadian arwah Faizol mengambil arwah Fadhiri di Stesen KTM Tg Malim bersama lima orang lagi sahabat beliau untuk pulang ke rumah. Namun, setiba di satu lampu isyarat, arwah dikatakan tidak memberhentikan motosikal walaupun pada masa tu adalah lampu merah sedangkan sahabat-sahabat yang lain (yang berada di depan) telah memberhentikan motosikal masing2. Serentak dengan itu, satu lori dalam laluannya dikatakan telah merempuh arwah. Arwah Faizol meninggal di tempat kejadian manakala arwah Fadhiri meninggal di Hospital Taiping.

Menurut cerita seorang sahabat yang memangku arwah Faizol, arwah sempat menggerakkan mulut setelah dibacakan kalimah Lailahaillah sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kedua-dua jenazah telah diuruskan pihak hospital dan terus dihantar pulang ke kampung halaman Tanah Merah dan Pasir Mas masing2. Walaubagaimanapun, kedua2 van jenazah bergerak secara berasingan yang mana van yang membawa jenazah Faizol bergerak terlebih dahulu.

Jenazah Faizol dikebumikan lebih kurang jam 11.00 malam manakala jenazah Fadhiri lebih kurang jam 2.00 pagi kerana menunggu abangnya yang pulang dari Sarawak. Sebanyak dua buah bas UPSI dan beberapa buah kereta sahabat2 dari Tg Malim datang menziarahi serta menguruskan beberapa urusan. Juga En Muzamil dari Unit Kebajikan bersama stafnya memulangkan barang2 arwah.

Inilah serba ringkas dapat aku coretkan. Kepada sahabat yang masih mempunyai urusan dengan arwah boleh berjumpa dengan saudara Nawwar untuk urusan penyelesaian. Semoga kedua-dua arwah diampunkan dan dirahmatiNya. Amin…

“Perbanyaklah mengingat sang pemutus kelazatan.! (yakni kematian)” [HR Tirmidzi, dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Al-Irwa; hal. 682]

Wallahu a’lam…

(Sahabat yang menceritakan kepada aku untuk membolehkan aku menulis kisah ini: SM Salim, Zulkiflie, Suhainizam, Malik & Akmal)

Advertisements

January 12, 2010 - Posted by | Isu Semasa |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: